FEATURED IN L'ADORN

Thursday 16 August 2012

266: Iklan Raya

Sekarang ni macam-macam iklan raya ada di kaca TV. Kalau dulu, iklan yang paling dinanti-nanti mestilah iklan Petronas. Sebab? ada jalan cerita yang best, sinematografi cantik, dan selalunya berjaya membuatkan hati dan jiwa terkesan dengan mesej yang nak disampaikan.Pendek kata, memang ada kualiti!

Tapi iklan raya tahun ni, saya memang terharu sangat2 dengan iklan raya BERNAS. Dahla pertama kali tengok iklan tu di ofis..memang mengundang airmata, sebak tak terkata. Berkaca-kaca mata sambil menonton iklan di youtube.Tapi takat berkaca jelah. Tahan supaya jangan tumpah. Mana taknya, bos kat depan mata, rakan-rakan sebelah menyebelah pun ada..Silap-silap colleagues pun boleh perasan saya sedang menangis.

Sewaktu menonton pertama kali, saya mute kan sound sebab tanak mengganggu suasana bekerja ketika itu (ok, kantoi curi-curi tengok youtube pada waktu kerja) :p. Faham jalan cerita keseluruhan iklan sebab ada subtitle English. Masa tu memang tak perasan yang kanak-kanak seorang lagi itu pun agak tidak normal (yang seorang lagi anak yatim cacat penglihatan). Bila tonton dan dengar semula, Allah..makin meruntun jiwa. Kasihan  mereka. Huhu...hmm, tak perlulah describe panjang lebar lagi. Rasanya semua dah tahu tentang iklan Bernas ni. Menjadi buah mulut ramai kot..

Selain iklan Bernas, ada juga iklan-iklan lain sempena Aidilfitri ni. Kalau belum tonton, boleh la klik di bawah ni..Lihat dan selami..Lepas tu rasa-rasanya iklan mana yang paling anda suka? Tepuk dada tanya selera :)


Emir tengah tengok iklan raya dengan pet baru dia..little tiger.Auummm :p

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...