FEATURED IN L'ADORN

Monday 10 December 2007

062: Pavilion, Bukit Bintang

Minggu lalu aku sibuk dengan tugasan sebagai photographer amatur separuh masa berkeliaran seorang diri di sekitar KL berbekalkan sebuah kamera kompak digital Nikon yang handy untuk 'mencuri-curi'snap gambar bangunan juga rekaan dalaman yg kurasakan agak² sesuai untuk diselit dan disuaipadankan dengan rekaan sediaada projek yang sedang digalaskan ke bahuku..(huhu, jangan sangka aku sorang je buat keje camni..designer² lain pun sure guna methodology yang serupa:P) Dan sasaran pertama ialah Bukit Bintang..yup, seperti yang dah ku mentioned dlm entri yang lepas..pavilion itu sangat ‘happening’ pada mlm hari..aku pun snap sana snap sini..
I’m soo in love with its façade.. passionate-energetic-red =)
Waaah..sangat suke butik Esprit ni..Esprit boutique dia sangat besar ok..kalau tak silap, dia adalah ESPRIT Signature Store yang terbesar di Asia Tenggara (14, 850 sq. ft), bukan setakat jual baju..ada juga saloon dan café ala² SEED café gitu. Yang buat aku tergerak nak masuk jenguk sebab nak intai² jam tangan yang aku nampak dalam magazine waktu dlm flight ke Sabah haritu..sangat berkenan tengok jam dia (nicely designed). Banyak² butik ESPRIT yang aku dah survey takde plak jumpe..surf kat website dia pun takde..so bile nampak jam tangan yang aku suke tu kat ESPRIT Pavilion tu, akupun amat bersetuju la dengan title ‘the largest ESPRIT Signature Store’ ni..betulla..butik ni complete dengan latest products dan sangat banyak choice.
Lagi kegemaranku..Sangat berketrampilan pada malam hari disebabkan efek lampu² itu
Pokok krismas versi putih yang dipenuhi dengan ‘snowflakes’ (conceptually)
Ye..aku memang tak malu untuk snap gambar sendiri walaupun ade orang lalu-lalang =P (orang lain pun buat jugak..so, peduli ape) dah penat pusing² satu bukit bintang (gambar² lain tak perlu dipertonton di sini..biarlah aku simpan dalam archive ‘image references’ aku je..) langkah dipercepat menuju ke JCO donut..sesuai dengan kondisi perut yang memang agak lapar..Sampai je dekat escalator nak turun ke JCO Donuts, harapan aku nak mengunyah AlCapone yg crunchy, Coco Loco yang sangat Choccy, dan nak merasa heaven berry yg tak sempat nak rase tempoh hari..tinggal harapan jelaa…ingatkan time² weekdays ni, takdelah queue panjang sgt..rupenyer same je..mcm hari2 hujung mingguu..ala² beli tiket di TGV pada hari Rabu..huhuhu..tak kuasa nak beratur 45 minit..lainkali je beli..lagipun aku dah penat..tak larat nak berdiri lama² lagi dah ^_^

2 comments:

rahsia perkahwinan said...

u pandai tangkap gambar la...
angle cantik...

good job!

pae dasuki said...

pandai ke? taklah pandai sgt. biase2 je =P (ayat merendah diri..hikhik)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...