FEATURED IN L'ADORN

Wednesday 13 December 2006

015: All About Rain

It is Kuala Lumpur afternoon downpour again..

Rainy Monday, rainy Tuesday..rain rain rain…
Baju kat ampaian x kering2..
Hmmm, could there be any day without rain?

p/s: Di, ko tulih blog seploh minit, aku tulih 1 minit jek..hakhak:p

Friday 8 December 2006

013: Cinta Eragon

(As requested by my loyal blog readers, now I update my blog entry )
Wat do u guyz think of as u read the title of this entry? yeah right..kali ni rasenyer cam nak bercerita tentang filem ‘Cinta’ ngan ‘Eragon’ la plak..

Hold on, bercakap psl ‘Cinta’ ni, tetiba teringat pulak kisah time kat KUSESS dulu..(betul, suddenly it come across my mind waktu aku tgh menaip nih) Since, dah teringat psl bende tuh, I think I’m gonna tell bout the story first..
The story goes like this..mase tu klas English..and cam biase Ms. Shylaja William pun masuk la mengajar. Ntah nape tetibe aritu dia nak wat satu game plak (actually bukan la game pun). She told us to write a word on piece of paper. Pastu kertas tu gulung2 and masukkan dlm one box. Next, stiap org kene pick randomly one of dat piece of paper and talk about anything yg bersangkut-paut dengan perkataan dalam paper tu slama 3-5 minutes (if I’m not mistaken).
Masa tu I was sitting next to Nida and Sha..(kitorg jer yang dok bertiga :p) and I still remember that, in dat piece of paper I wrote d word ‘LOVE’..haha, siap mase tulis tu aku ada ckp kat Nida ke Sha, “Kalau aku dpt perkataan ni, 1st thing aku akan cakap ‘Love is Friendship’..cam dalam citer Kuch Kuch Hota Hai..” haha, saper yg tengok citer Hindustan yg glamer (lakonan Shah Rukh Khan & Kajol) time skolah dulu tau la phrase tu.

Pastu, game pun dimulakan..I hardly remember wat did everyone get..but among the memory that I could recall is Nida dapat perkataan seven..pastu dia terpaksa la menceceh pasal anythin’ yang ader kaitan ngan seven..kuikui..kalau x silap Ayu yang tulis perkataan seven tu.. psl dia suke sgt nombor 7 mase skolah2 dulu..(betul x ayu?correct me if I’m wrong) then, it was my turn ..jeng jeng jeng

Nervous gak biler berdiri kat depan klas tu (yelah time tu still x adapt to presentation cam skrg nih), pastu xleh nk prepare sbb kite xtau perkataan aper yg kite akan dapat. So, aku pun cabut la satu kertas..to my surprise, aku dapat perkataan ‘LOVE’..tapi aku amat yakin dan pasti yang tu bukan tulisan aku..x sangke ader gak org lain yg tulis perkataan love kat paper tu.
Then, apelagi aku pun memulakan ayat impromptu aku dengan phrase “Love is Friendship”..Dari depan klas tu aku leh nmpk Nida, Sha ngan Et dah tergelak-gelak..(haha, terkene plak kat diri sendiri kan)..Yang ayat2 lepas tu aku pun dah x igt ape yang aku mengarut psl love kat depan klas tuh..

When I got back to my own place, aku bitau la Sha n Nida yg kertas tu bukan aku yg tulis. Maknenyer, ader org yg akan kene bercakap psl love jugak lepas nih..hhaaa, dan org yg terkena perkataan love yg aku tulis tu ialah Anep..(Budak2 5 Berlian, korang igt lagi x? :p).. Biler sesi impromptu dah selesai barula dapat tau yang another “LOVE’ tu Ayun yang tulis..(mase tgh tulis perkataan tu ader cross line telepathy kot antara aku ngan ayun..hehehe)..and that was the story..

Hehe, skrg baru nak masuk content sbnar entry nih. td tu warm-up introduction je..kuikuikui. K-la..sbnanyer I’m not going to comment as a professional critic. But, overall I would say that ‘Cinta’ probably could be a turning point for the Malay movie. Sebab cerita dia x focus on 1 kisah jer..ader 5 kisah cinta berbeza yang diblend kan dalam satu circle of people. Even though ader byk kisah tp plot cerite x confusing..dan filem ni menggambarkan situasi sebenar kehidupan..Story about Cikgu Ellyas (Dato’ Rahim Razali) with Alzheimer can be accepted walaupun ader gak menyerupai sikit2 cam cerite ‘Fifty first dates’ lakonan Drew Barrymore. Logik ar kan..org tua ader penyakit short term memory lost. Then, cerite pasal Dian (Nanu), seorang arkitek yang bercinta ngan suami orang pun memang truly a story that happened in our life, even it could be ur own friend who trapped in the same scenario. Married couple lak lakonan Rita dan Rashidi menggambarkan tentang seorang isteri yang sebenarnyer mencintai lelaki lain walaupun suami dia baik giler kat dier. Yang ni mesti kes her husband is not her soulmate. Ada ke dah lama kawen pastu boley plak cakap yang dia xboleh teruskan hidup ngan husband dia and dia anggap husband dia tu cam abang jer sbb hati dia pada lelaki lain..Tu la, kahwin ni bukan perkara main2..kene pikir habis2, masak2..Cerite lagi 2 couple tu biaselah..kisah percintaan orang muda..

Anyway, ada keseimbangan dalam penonjolan life org kaya sampai la org yg dok kat Kg. Abdullah Hukum seblah KTM rail tu. Gambar2 setiap scene tu mmg cantik eventhough x semuanya perfect la kan. Soundtrack lagu pun semuanyer best2..Time tengok citer tu Rabu lepas mmg penuh la panggung..xde seat yg kosong..Dan yg paling penting, kisah cinta dia merangkumi semua lapisan..from youngsters, married couple till to the aged people..thats d strong point kenape ramai golongan yang dewasa pun dtg tgk..(nk tgk kisah cinta org dewasa tua..huhu). Anyway, penerimaan individu terhadap sesebuah cerita adalah subjektif. Sama sepertimana kita menilai sesuatu seni. So, mungkin ader sesetengah pihak anggap cerita ni x menarik..well, it depends on how u judge d movie based on ur interest.. (this is refer to the comments of: only ladies are interested to watch this movie)

Kat sini ada beberapa petikan kata2 dari filem Cinta :

“Isteri bukanlah hakmilik, tetapi anugerah”
~To all men out there, hargai dan sayangilah isteri anda
“Sehari dengan orang yang kita sayang lebih bermakna daripada bertahun-tahun dengan orang yang kita tak sayang”
~Oleh itu, buatlah keputusan yang paling bijak dalam memilih haluan hidup because we could never turn back time :)

K..skrg nak ckp psl ‘Eragon’ plak..Cerite ni macam menarik gak.Yelah Adventerous thriller movie..mmg menarik..tp yang buat dia lagi menarik ialah sbb I’ve won free tickets from Hotfm untuk tgk citer nih..Yeayyyy!!! :D Ader sesiapa yang nak folo I g tgk movie nih? Sila buat tempahan awal yer..:p
Haha..so wait till I watch the movie for the comments on ‘Eragon’..hakhak..
Till then, thanx for ur time.

Additional quotes:

“Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Dan ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan.

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain,
Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu,
Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpatik, tertarik,
Datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan,
Pilihan yang kita lakukan.

Pasangan jiwa sememangnya benar-benar ada,
Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang,
Yang telah diciptakan hanya untukmu.

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,
Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Sesungguhnya kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang
yang sempurna untuk dicintai,
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna
dengan cara yang sempurna”

p/s:Got this through email and I’m thinking of sharing it here..It is beautiful..doesn’t it?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...